Iktibar dari 2012

Filem 2012 merupakan sebuah filem mengenai kehancuran dunia yang diarahkan oleh Roland Emmerich. Filem ini mengisahkan kehancuran bumi pada tahun 2012 berdasarkan ramalan dari kaum Mayan.

Filem ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi kepada masyarakat dunia terutamanya kepada orang Islam yang dilarang mempercayai ramalan ini kerana bimbang boleh merosakkan akidah. Benar kita langsung tidak boleh percaya akan ramalan ini. Hanya Allah yang tahu bila berlakunya kiamat.

Tapi aku ada pendapat tersendiri. Bagi aku setiap Muslim tidaklah dilarang untuk menonton filem ini. Kita cuma dilarang mempercayai akan bila berlakunya kiamat. Filem ini tetap dapat memberikan manfaat kepada sesiapa yang ingin mencari manfaat daripadanya.

Bagi yang telah menontonnya pasti terpaku melihat kemusnahan yang berlaku. Bagaimana bangunan-bangunan tinggi runtuh dengan sekelip mata. Ombak tsunami seolah-olah membaham seluruh bandar. Rekahan tanah yang berpunca daripada pergerakan kerak bumi.

Adakah anda terfikir seperti inikah kiamat sebenar yang akan berlaku kelak. Bila aku fikir-fikirkan sambil menonton, aku dapat rasakan ini bukanlah terlalu teruk. Kiamat sebenar sudah pasti lebih dahsyat. Sudah pasti kita tidak mampu untuk membayangkannya. Aku lebih gemar memikirkan bahawa kiamat sebenar lebih teruk kemusnahannya kerana ia dapat membangkitkan rasa keagungan tuhan yang menjadikan kiamat itu berlaku.

Cuba anda fikirkan manakah lebih sukar samada menciptakan atau memusnahkan dalam perspektif manusia. Sebagai contoh, menciptakan sebuah kereta atau memusnahkan sebuah kereta. Manakah yang lebih sukar? Anda tahu jawapannya. Jika ingin menciptakan kereta lebih banyak langkah-langkah yang perlu diambil tidak seperti memusnahkan sebuah kereta. Anda hanya perlu tekan pedal minyak sekuat-kuatnya dan pusingkanlah stereng kereta ke arah tiang lampu. Nah, sekelip mata saja perlu untuk memusnahkan.

Begitu jugalah bagaimana Pencipta kepada bumi ini. Jika untuk menciptakannya saja sudah terlalu mudah, apatah lagi untuk memusnahkannya. Sudah tentu kemusnahan sebenar lebih maha dahsyat. Fikirkanlah bagaimana seorang wanita mengandung boleh bersalin pada ketika itu juga.

Apabila kita berjaya mengarahkan minda dan pemikiran kita dengan sebegini rupa, apakah output yang boleh diperoleh? Tanyalah diri anda. Apa faedah anda menonton filem sebegini dan mencari hikmah di sebaliknya? Jangan sekadar menonton untuk berseronok. Carilah hikmah dah manfaat dalam setiap perkara keseronokan yang anda alami. Inilah ‘point’ yang ingin dibincangkan dalam tulisan ini. Ajarlah diri anda bagaimana untuk mendapatkan kebaikan dalam setiap perkara yang anda lakukan walaupun ianya cumalah sekadar hiburan. Hiburan tetap mendatangkan manfaat jika kita bijak mencarinya. Jangan pandang sesuatu yang orang lain kata ia buruk itu terlalu buruk. Walaupun ia buruk, carilah hikmah atau kebaikan di dalamnya walaupun sedikit.

Advertisements

9 responses to “Iktibar dari 2012

  1. salam alaik..
    ye..cukup sahaja bukti dan gambaran dari Al-Quran dan sunnah utk menceritakan kedasyatan hari qiamat tu sendiri..takkan terjangkau dek mata kasar manusia..mari ambil iktibar..

  2. nur fatehah raudhah ariffin

    Waktu gempa di Padang menyamai 3 nas al-Quran
    Oleh Ibrahim Abdullah

    Kejadian suatu kebetulan yang perlu direnungi, insafkan umat ingkar suruhan IlahiSEGALA kejadian di muka bumi ini adalah ketetapan Allah SWT. Demikian pula dengan musibah gempa yang berlaku di Padang, Sumatera. Kebetulan juga waktu terjadi musibah itu dengan kaitan surah dan ayat yang ada hubungannya dalam kitab suci al-Quran al Karim. Cuba perhatikan gempa di Padang pada jam 17.16 petang, kemudian susulan gempa pada jam 17.58 petang dan esoknya terjadi gempa di Jambi pada jam 08.52 (waktu antarabangsa). Jam 17.16 (iaitu surah ke-17, al-Israk, ayat 16) bermaksud: Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah), tetapi mereka melakukan kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya. Jam 17.58 (surah ke-17, al-Israk, ayat 58) bermaksud: Tidak ada suatu negeri pun (yang derhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu sudah tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuz). Jam 08.52 (surah ke-8, al-Anfal, ayat 52) bermaksud: (keadaan mereka) seperti Firaun dan pengikutnya serta orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat Allah, maka Allah menyeksa mereka disebabkan dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras seksaan-Nya. Tiga ayat Allah SWT di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa di Sumatera. Mengenai azab Allah kehancuran dan kematian serta kaitannya dengan hidup mewah dan derhaka. Dengan pelbagai kebetulan yang Allah SWT sampaikan ketika musibah itu, Allah jelas hendak mengingatkan kita. Apakah ia sekadar kebetulan di sebalik rahsia kejadian tanpa mengandungi pengajaran? Apakah mesej Allah itu akan mengubah kita agar lebih berhati-hati dan taat perintah dan menjauhi larangan-Nya? Mungkin kita tidak peduli atau mentertawakan seperti kaum Musyrikin Quraisy mempersendakan risalah disampaikan kepada Rasulullah SAW? Semua terpulang kepada kita.Manusia bukan makhluk tunggal di muka bumi ini. Manusia bersama makhluk lain yang juga memiliki hak sama untuk dapat hidup mengikut sunnatullah yang ditetapkan Allah SWT. Walaupun alam dengan isinya mungkin ditundukkan oleh manusia dengan ilmu pengetahuan, tidak bererti alam harus tunduk kepada manusia. Alam tetap patuh dan pasrah (Islam) kepada Allah. Alam dengan segala isinya memiliki kehidupan sendiri. Harus disedari, kita dan alam memiliki hak yang sama untuk mengabdikan kepada Allah, tentu saja dengan cara sendiri. Sebenarnya sesama makhluk Allah, kita harus dapat harmonikan kehidupan dengan alam. Jika tidak, berlaku ketegangan, pertembungan dan saling menghancurkan. Antara yang perlu kita perhatikan disebut al-Quran tasbih bumi iaitu bumi juga makhluk Allah yang sentiasa bertasbih kepada Allah. Orang bertasbih menyucikan Allah daripada segala perbuatan yang tidak sewajarnya. Kata Subhanallah yang selalu kita lafazkan selepas solat bererti Maha Suci Allah dengan segala sifat dan perbuatan-Nya. Ilmuwan Muslim, Zaghlul an-Najjar, dalam bukunya Shuarun min Tasbih al-Kainaat Lillah (Ketika Alam Bertasbih) menyatakan: Al-Quran menegaskan langit dan bumi dapat berbicara, menangis dan berasa sakit serta pedih. Riwayat daripada Nabi SAW yang menjelaskan makna Surah al-Zalzalah, ayat 3, yang mengatakan: Pada hari itu bumi menceritakan. Baginda bertanya: Tahukah kamu beritanya? Mereka menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih tahu.’ Baginda berkata: Sesungguhnya berita ia (bumi) bersaksi atas hamba atau umat yang berada di atasnya. Ia (bumi) berkata, melakukan ini pada hari ini, begini dan begitu. (Riwayat at-Tirmizi). Amat mengelirukan jika kita menganggap bumi sebagai benda mati yang tidak memberi reaksi terhadap apa yang dilakukan manusia di muka bumi ini. Jelas bahawa bumi tempat kita berpijak selalu bertasbih dan berdialog kepada Allah SWT. Bumi menyucikan Allah dan memuji-Nya dengan cara yang tidak kita ketahui. Apakah akan terjadi jika manusia yang hidup di muka bumi ini tidak bertasbih kepada Allah. Betapa seksanya bumi menampung manusia kufur, berdosa, bermaksiat dan melupakan Allah. Bumi berasa berat dan menanggung beban yang tidak tertahan kerana dipijak manusia yang derhaka dan berdosa. Gempa adalah reaksi bumi. Kita memerlukan pendekatan teologi dan spritual. Gempa membuat manusia sedar bahawa selain manusia, langit dan bumi berserta apa yang ada di dalamnya juga makhluk Allah yang memiliki hukum dan kehidupannya sendiri. Bumi agak marah kepada manusia yang tidak pernah tersedar, kufur, dan ingkar kepada Allah.Firman Allah bermaksud: Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan (yang dahsyat), dan bumi telah mengeluarkan beban (yang dikandungnya), dan manusia bertanya: Mengapa bumi (menjadi begini?) (Surah al-Zalzalah : 1-3)

  3. nur fatehah raudhah ariffin

    sekadar ikhtibar.

  4. kaaanns.. salam maal hijrahh abang yusufjaafar ittewww

  5. nur fatehah raudhah ariffin

    Ambil masa kejap huhu,
    “Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai”
    setiap usaha 0pasti ada ganjarannya.. Selamat menyambut Maal hijrah.. Semoga kita Dapat Berhijrah Dari Yang Bodoh Kepada yang Pandai. dan dari yang jahil kepada yang mengetahui~

    • yusufjaafar

      Betul tu fateha.. Semoga kita boleh berhijrah menjadi manusia yg lebih bijak dalam erti kata kebijaksanaan yang hakiki…

      ps: sori ar fateha kalo aku x leh jawab sms ko.. aku kdg2 xde kredit n kadang-kadang sibuk… Men facebook je ar.. Hehe

  6. nur fatehah raudhah ariffin

    slm, huhu xpe2 … anyway keep writting , keep good work .. ada bnyk lagi yang menarik kat dunia untuk ikhtibar kita semua.. .:P

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s