Berapa besarkah angkasa raya?

Keagungan pencipta terserlah melalui keindahan angkasa raya

Keagungan pencipta terserlah melalui keindahan angkasa raya

Keluasan angkasa sukar untuk diterjemahkan ke dalam bentuk pengiraan matematik. Saintis hanya menganggar bahawa keluasan angkasa adalah infiniti. Tetapi sukar untuk kita menerima bahawa angkasa itu adalah infiniti. Mungkin ia bermaksud dari sudut matematik keluasan angkasa ini tidak dapat ditulis dalam bentuk angka atau nombor. Nilainya terlalu besar dan lebih mudah jika dianggap bahawa ianya infiniti.

Jika kita beranggapan bahawa angkasa itu tidak infiniti. Apakah yang menjadi sempadannya? Apakah yang wujud di hujung keluasan angkasa raya itu? Dalam Islam kita tahu bahawa langit mempunyai tujuh lapisan seperti yang dapat kita dengar dalam peristiwa israk mikraj. Mungkin juga angkasa yang dianggap keluasannya infiniti ini hanya merupakan lapisan langit yang pertama.

Galaksi terdekat dengan galaksi kita Milky Way ialah galaksi Andromeda yang mempunyai jarak 2 juta tahun cahaya. Galaksi paling jauh yang mampu kita lihat adalah berjarak 10 hingga 12 bilion tahun cahaya. Bayangkanlah cahaya yang bergerak dengan kadar 300,000 juta sesaat mengambil masa berjuta-juta tahun untuk sampai kepada salah satu galaksi di angkasa ini. Jumlah galaksi yang terdapat dalam angkasa ini terdapat berbilion. Bayangkanlah diameter angkasa raya ini.

Keluasan angkasa adalah infiniti hanyalah ‘assumption’ saintis-saintis. Mungkin unit terjauh untuk mengukur jarak pada masa kini iaitu kilometer tidak relevan untuk digunakan dalam mengukur jarak angkasa raya. Seperti yang kita tahu pengiraan matematik dalam memahami alam semesta hanyalah persepsi atau anggaran yang tidak diketahui peratus kebenarannya. Mungkin ianya seratus-peratus benar atau mungkin ianya seratus-peratus salah.

Mengenai apa yang terdapat dipenghujung atau di sempadan angkasa. Kita memang tidak tahu apa yang terdapat di sana. Ia termasuk dalam perkara ghaib yang hanya diketahui oleh Allah. Mungkin juga di sana terdapat dunia lain yang didiami oleh makhluk lain. Siapa tahu.

Manusia mampu berimaginasi terhadap perkara tersebut. Kita boleh mengatakan mungkin di hujung sempadan angkasa ini terdapat suatu angkasa lain yang didiami oleh malaikat. Dunia di situ mungkin lebih maju atau lebih indah. Mungkin itu baru lapisan langit ke 2. Bayangkan berapa jauh lagi langit ketujuh. Berapa besar lagi alam ini? Masyallah, tidak tercapai oleh pemikiran kita.

Di sini kita dapat lihat bahawa manusia itu masih jahil, bodoh dan lemah. Banyak perkara yang tidak dapat dicapai oleh pemikiran manusia. Janganlah dengan kemajuan sains dan teknologi masa kini mentakburkan diri kita untuk mencari tuhan. Sedangkan paling jauh manusia telah meneroka angkasa hanyalah hingga ke bulan yang teramatlah dekat jika dibandingkan dengan keluasan angkasa ini.

Hakikatnya ilmu astronomi manusia masih belum mencapai tahap ‘basic’ sekalipun. Masih banyak misteri yang belum diungkap mengenai kejadian angkasa ini. Kalau tahap ilmu manusia telah mencapai tahap tertinggi sekalipun, ia hanyalah sia-sia tanpa mereka mengenal dan patuh kepada Allah.

Ini kerana tujuan ilmu itu sendiri adalah untuk mengenal tuhan dan memahami kebesarannya seterusnya mendapatkan keredhaanNya. Adalah malang hidup manusia yang hebat dan terkenal dengan ketinggian ilmunya tetapi masih jauh daripada Allah apatah lagi ada yang masih tidak mengenalNya.

Bagi mereka yang berakal dan menggunakan akalnya dengan sebaiknya, kejadian angkasa raya ini merupakan contoh terbaik untuk mereka mengenal pencipta. Pemikiran yang jujur ditambah hati yang jernih akan membawa kepada kesimpulan teragung bahawa angkasa raya ini telah diciptakan oleh seorang pencipta yang maha agung yang maha hebat dan tiada tandingan buatNya serta tiada satu pun yang setara denganNya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s