
Dia sentiasa cintakan kita, tapi kita je sering lupa
Sudah menjadi lumrah manusia sentiasa memerlukan teman hidup dan kekasih hati. Tanpa kehadiran mereka, dunia terasa sepi. Memang manusia diciptakan sebegitu. Mustahil untuk manusia hidup bersendirian di dunia ini.
Secara realitinya manusia boleh hidup bersendirian hanya untuk sementara sahaja. Setelah sampai suatu masa, hati pasti merasa sunyi dan inginkan teman hidup. Hati memerlukan seorang penghibur yang dapat menghilangkan duka lara dan kebosanan yang dialami hati.
Seorang lelaki yang telah jumpa akan kekasih hati yang dicari selama ini akan merasakan sungguh indah hidup ini. Setelah berkahwin dan berjanji sehidup semati, perasaan telah lega-seleganya kerana kesunyian yang dialami selama ini telah dirungkaikan. Begitulah hebatnya nikmat cinta yang sentiasa didambakan oleh sekeping hati.
Samalah juga dengan dambaan cinta oleh hati kepada suatu cinta yang lebih agung. Cinta yang tidak akan pernah luput sampai bila-bila. Kekasih yang sentiasa setia untuk selama-lamanya. Bayangkan betapa indah dan hebatnya cinta seperti ini. Cinta yang diberikan amatlah suci yang dan kekal tidak akan pudar.
Hati pada hakikatnya lebih memerlukan cinta sebegini. Cinta yang lebih hakiki dan suci serta tidak berpaksikan kepada nafsu semata. Inilah dia cinta kepada tuhan yang telah menciptakan cinta.
Cinta pada asalnya suci dan bersih tetapi telah dicemarkan oleh manusia itu sendiri. Cinta ditunggangi oleh kuda nafsu yang berlari membawa diri ke lembah kehinaan. Akhirnya cinta berkitabkan nafsu telah merosakkan erti cinta yang sebenar.
Bayangkan apabila kekasih yang dicintai sentiasa di sisi. Sudah tentu hidup akan menjadi sangat indah. Ada yang mengatakan inilah nikmat terbesar dalam kehidupan iaitu hidup bersama-sama insan yang dicintai.
Begitulah juga lebih-lebih lagi apabila Dia iaitu Allah yang Maha Agung sentiasa berada di sisi. Kehidupan dirasakan amat bahagia kerana raja alam semesta itu sendiri berada di sisi manusia untuk memberikan segala jaminan keredhaanNya.
Itulah puncak kebahagiaan manusia di dunia ini. Segala masalah walau sebesar gunung sekalipun tidak terasa berat walau sedikit kerana ada Dia yang sentiasa membantu. KehadiranNya di sisi menundukkan segala hasutan nafsu dan syaitan. Mereka tidak berani mencucuk jarum kerana takut akan zatNya yang maha suci itu.
Kehidupan di dunia dijadikan medan untuk mencari rahmat dan keredhaanNya dengan sebanyak-banyaknya. Rasa cinta yang tidak terkata kepadaNya sudah sebati dalam diri menyebabkan tiada cinta boleh mengatasi dan hanyalah itulah matlamat kehidupan yang tertinggi.
selalunya manusia mmg alpa dgn cinta Tuhan, sbb selalu mengejar cinta manusia. ckp utk diri sndiri jugek ni. huhuhu
Hmm.. Btul tu Masy.. Sy pun igtkan diri jugak ni..huhu
apabila bercinta dengan Allah, kita takkan pernah ada perasaan risau yang kita akan keseorangan
Hmm.. Btul tu Yonna. Allah takkan mengecewakan hambanya…
CInTa AllAh CintA HakiKi,
persoalan:
Mengapa orng yg membw risalah tarbiyah yg menentang habisan2 kapel semasa m3k, tetapi kecundang ble memasuki U.
Jwpn:
Cinta hadir xpnh mengenal siapa orng tue. yg penting jk cintakan Allah lbh segalanya.kte dapat menghalang dr jatuh cinta kpd manusia.