ISA perlukan fatwa

isa

Merujuk kepada tulisan Dr Mohd Asri Zainul Abidin bekas mufti Perlis di dalam blognya drmaza.com, aku punya idea untuk entri kali ini. Seperti yang diketahui Dr Asri merupakan seorang bekas mufti yang lantang bersuara tidak kiralah kepada sesiapa sahaja tidak kira pihak bukan kerajaan, pembangkang mahupun kerajaan itu sendiri.

Beliau memang seorang yang berani dan kenyataannya bersifat adil dan tidak mempunyai sebarang kepentingan kepada diri sendiri mahupun kepada pihak-pihak tertentu. Kenyataan beliau hanyalah memihak kepada kebenaran dan ketinggian Islam. Beliau mengeluarkan kenyataan adalah untuk kebaikan semua walaupun ianya bersifat pahit. Ramai mengatakan kenyataannya sering menimbulkan kontroversi.

Bagi aku, tiada sebarang kontroversi di dalam kenyataannya. Kontroversi itu wujud oleh kerana wujudnya pencetus-pencetus kontroversi itu sendiri. Bagi umat Islam yang berilmu dan yakin pada Allah, sudah pasti dapat membezakan mana yang benar dan mana yang salah.

Tulisannya yang bertarikh 28 Julai 2009, menyebutkan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan perlu mengeluarkan fatwa terhadap ISA. Aku setuju benar akan cadangan ini. Isu besar seperti ISA ini perlulah diambil serius dan diselesaikan dengan segera. Ini bagi mengambil kira mereka-mereka yang teraniaya.

Beliau juga menyatakan Majlis Fatwa Kebangsaan perlulah adil dan telus dalam hal ini. Mereka tidak boleh terikat oleh mana-mana pihak dan adil-seadilnya mengeluarkan fatwa demi menegakkan kebenaran. Dengan kata lainnya Majlis Fatwa Kebangsaan janganlah takut dengan pihak kerajaan untuk mengeluarkan sebarang fatwa. Walaupun mereka bekerja di bawah kerajaan tidak semestinya mereka perlu patuh kepada semua telunjuk kerajaan. Apa yang baik bolehlah dipatuhi dan yang salah perlulah diperbetul.

Secara peribadinya aku memang tidak bersetuju dengan ISA. Sebab apa? Sudah tentulah sistemnya yang zalim. Apa tidaknya, mereka yang bersalah boleh ditangkap tanpa dibicarakan. Mana mungkin orang yang bersalah tidak dibicarakan. Dengan alasan mahu menjaga ketenteraman dan keselamatan negara.

Setelah ditangkap mereka yang didapati bersalah sudah tentu keadaan sudah terkawal, jadi apa salahnya selepas itu dibicarakan mereka yang bersalah tadi. Kita tidak tahu adakah mereka benar-benar bersalah atau menjadi mangsa keadaan. Aku hairan, pemimpin-pemimpin yang merestui ISA ini tak takut azab Allah ke? Bukankah Allah benci kepada kezaliman dan benci kepada pemimpin yang zalim? Aku doakan mereka bertaubat dan mengubah sistem ini.

Tetapi ini hanyalah pendapat peribadi aku yang kurang ilmu ini. Tidaklah boleh dikatakan sebagai hujah yang konkrit. Aku hanya menilai dengan mata hati dan ‘common sense’ yang telah Allah kurniakan kepada aku saja. Aku tiada fakta untuk dihujahkan. Apa-apa pun Majlis Fatwa Kebangsaan pasti lebih layak untuk menghukumkan hal ini kerana di sana lebih ramai ulama-ulama yang lebih tinggi ilmunya.

2 Responses to ISA perlukan fatwa

  1. ISA perlu dihapuskan, diperbaiki atau dikekalkan itu cerita lain…
    tapi perlu ke rusuhan, tunjuk perasaan untuk semua tu?
    adakah itu perjuangan sebenar?
    bukan nak argue…just opinion…
    salam ziarah….
    thanx sebab singgah blog saya…

    • yusufjaafar

      Saya rasa ISA perlu dihapuskan atau diperbaiki atau dikekalkan itulah isu utama. Itulah yg perkara utama yg perlu dititikberatkan.
      Cume mungkin perlaksanaan perhimpunan itulah yg patut dipelihara agar tidak menjadi rusuhan yg melampau.
      Ada pejuang yg ikhlas, ada juga pejuang ISA yg saje2 ikut2 kasi havoc. Sy rase itulah masalahnya.

      Anyway thanks for the respon. Appreciate it.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s